Paus hidup di lautan tetapi tidak tergolong dalam keluarga ikan. Paus adalah mamalia dalam
kelompok cetacea.
Sebagaimana haiwan mamalia
yang lain, paus mempunyai ciri-ciri berikut:
- bernafas melalui paru-paru
- mempunyai bulu (kurang berbanding haiwan darat, hampir tiada bagi paus dewasa)
- berdarah panas
- mempunyai organ penyusuan dan menyusukan anak.
- mempunyai empat ruang jantung
Paus purba berevolusi pada
pertengahan tempoh Eosen, kira-kira 50 juta tahun dahulu. Salah satu paus terawal
yang telah pupus adalah Basilosaurus
yang mempunyai kepala kecil bermuncung menonjol dan bergigi. Basilosaurus
sepanjang 25 meter panjang.
Tinggalan fosil menunjukkan paus berasal daripada haiwan daratan berkuku,
kemungkinannya dari haiwan seperti Mesonychid (haiwan seperti serigala yang tinggal dipersisiran pantai)
yang beransur-ansur kembali tinggal di laut kira-kira 50 juta tahun dahulu.
Satu lagi kemungkinan haiwan lain yang berubah menjadi paus, adalah Ambulocetus,
mamalia bersaiz anjing laut, sepanjang 3 meter seberat 650 paun.
Pada masa kini, terdapat dua jenis
paus iaitu paus Odontoceti paus bergigi, dan paus Baleen, Mysticeti. Paus Odontoceti yang bergigi merupakan pemangsa
yang memakan ikan, sotong, dan mamalia marin (laut), mempunyai satu lubang pancut pernafasan. Paus
baleen pula bersaiz lebih besar daripada paus bergigi dan
mempunyai struktur yang dikenali sebagai baleen yang berbentuk sikat, untuk menyaring plankton daripada air, dan mempunyai dua lubang pancut pernafasan.
Paus secara amnya dikelaskan sebagai
pemangsa tetapi makanan haiwan ini terdiri daripada plankton kepada ikan besar.
Sebagai mamalia, ikan paus memerlukan udara untuk bernafas dan mesti naik ke
atas permukaan air untuk mendapat oksigen. Ini dilakukan melalui lubang
pancutan pernafasan.
Kerana habitatnya, paus menetapkan
bila ia mahu bernafas. Kesemua mamalia tidur termasuk ikan paus, tetapi ikan
paus tidak boleh dalam keadaan tidak sedar atau tidur terlalu lama. Ini kerana
mereka perlu sedar untuk bernafas. Dipercayai hanya satu hemisfera dalam otak
ikan paus tidur pada satu masa supaya paus tidak tidur sepenuhnya tetapi masih
boleh berehat.
Paus berkomunikasi sesama sendiri
melalui bunyi berirama yang dipanggil nyanyian paus. Kerana haiwan ini sangat
besar dan kuat, bunyi yang dihasilkan sangat kuat (bergantung kepada spesis).
Paus dipercayai membuat 20,000 wat akustik bunyi pada 163 desibel.
Paus betina melahirkan seekor anak.
Masa menyusu adalah lama (lebih dari satu tahun dalam kebanyakan spesis), dan
ini dikaitkan dengan hubungan yang erat antara ibu dan anak. Dalam kebanyakan paus,
proses pendewasaan berlaku lewat, selalunya dalam tujuh hingga 10 tahun.
Disebabkan ini mereka melahirkan sedikit zuriat tetapi mempunyai keberangkalian
yang tinggi untuk hidup dalam dunia haiwan liar.
Alat
kelamin paus jantan dimasukkan ke dalam rongga badan ketika berenang untuk
penyelarasan dan mengurangkan seretan air. Kebanyakan ikan paus tidak mempunyai
pasangan tetap; dalam kebanyakan spesis paus betina mempunyai banyak pasangan
pada setiap musim mengawan. Ketika saat kelahiran, bayi paus mengeluarkan ekor
dahulu untuk meminimumkan risiko lemas. Paus menyusukan anak dengan memancutkan
susu secara konsisten seperti ubat gigi ke dalam mulut bayi untuk mengelak
daripada susu tersebut hilang dalam air.
Paus Bryde
Paus Bryde (bahasa Inggeris: Bryde's Whale) ialah paus yang paling kurang diketahui dan dari banyak segi merupakan rorkual yang paling luar biasa. "Bryde" disebut sebagai "broo-dess", dengan namanya kekadang dikelirukan dengan nama "Paus Brutus". Ikan paus ini banyak didapati di seluruh perairan tropika dan subtropika, dengan suatu spesies kerdil yang lebih kecil didapati di kawasan Pasifik Barat serta Asia Tenggara tropika. Paus ini juga dikenali sebagai Luulumbo oleh orang Kadazan di Sabah, Malaysia. Nama saintifiknya Balanoptera edent. [1]
Paus Bryde adalah kecil jika dibandingkan dengan piawai rorkual (tidak melebihi 25 tan), dan lebih suka akan kawasan perairan bersuhu tropika dan serdahana daripada laut-laut kutub yang seringnya didiami oleh paus-paus yang lain dalam famili yang sama. Paus Bryde adalah paus kawasan persisiran dan bukannya paus laut terbuka. Walaupun paus ini mengekalkan plat-plat tulang paus yang mencirikan paus balin yang mempergunakannya untuk menapis hidupan seni daripada air, makanan Paus Bryde terdiri hampir pada keseluruhannya daripada ikan-ikan, khususnya ikan bilis dan ikan hering.
Paus Bryde diperihalkan buat pertama
kali pada tahun 1878,
berdasarkan sebuah spesimen yang dinamai Balaenoptera edeni yang
didapati terdampar di pantai Myanmar. Rupanya
Paus Bryde amat serupa dengan Paus Sei dan
hampir sama besar. Paus Bryde kelihatan terdiri daripada dua spesies, dengan
setakat kekeliruan antara kedua-duanya. Pada tahun 1913, ikan-ikan paus yang terdapat berhampiran dengan pantai Afrika Selatan
dinamai Balaenoptera brydei sempena nama Johan
Bryde, konsul Norway serta perintis industri pemburuan
ikan paus di Afrika Selatan
semasa awal dekad 1900-an.
Menjelang dekad 1950-an, terdapat
anggapan bahawa adanya hanya satu spesies yang
tunggal yang kemudian dikenali sebagai B. edeni tetapi mengekalkan
nama Paus Bryde sebagai nama am kerana nama pertama yang
dicadangkan selalu diutamakan. Bagaimanapun, kerja-kerja genetik yang terkini
telah menunjukkan kewujudan dua spesies yang berasingan:
- Paus Bryde, Balaenoptera brydei, dengan taburan tropika dan separa tropika di seluruh dunia, yang bertumbuh sehingga 26 tan serta 15 meter panjangnya.
- Paus Bryde Pigmi (masih sering dipanggil Paus Eden, Balaenoptera edeni ) yang didapati di perairan pantai lautan-lautan India timur dan Pasifik barat.
Paus Bryde berbeza-beza dari segi
bentuknya. Lima jenis yang berlainan telah dicamkan, termasuk sekurang-kurangnya
dua jenis yang lebih kecil dan yang hidup lebih dekat dengan pantai. Pengujian DNA telah menunjukkan bahawa spesies pigmi Asia Tenggara
yang baru disahkan adalah tidak sama dengan ikan paus kecil yang
didapati di Caribbean dan yang kelihatan hampir serupa. Walaupun demikian,
kedua-dua spesies ini masih digolongkan bersama-sama atas alasan pemudahan taksonomi.
Merumitkan masalah lagi, terdapat juga bentuk-bentuk pertengahan antara Paus
Bryde dengan Paus Sei. Lihat juga Balaenoptera
omurai.
Secara amnya, Ikan Paus Bryde
mempunyai kepala yang sangat lebar dan pendek, dengan antara 40 hingga 70 alur
ventral, serta mata yang agak besar. Ia adalah ikan paus
balin dan adalah unik dari segi bahawa ia
mempunyai tiga rabung yang memanjang pada kepalanya, dari hujung muncung
sehingga lubang hembus; rorkual-rorkual yang lain hanya mempunyai satu rabung.
Menurut Tabung Antarabangsa untuk
Kebajikan Haiwan, mamalia ini mempunyai lipatan atau alur pada leher dan dadanya yang
membenarkan mulutunya berkembang ketika dipenuhi dengan air. Ikan paus ini
mempunyai lubang hembus kembar dengan satu pelindung deburan yang rendah di
hadapan. Ia tidak bergigi tetapi mempunyai dua baris plat balin.
Ridipnya yang tajam dan yang melengkung dengan ketara mudah dinampak
apabila Ikan Paus Bryde timbul. Sirip-siripnya kecil dan sempit, dengan ekornya
yang menakuk dan lebar tidak pernah memecahkan permukaan air ketika ia timbul.
Warnanya Ikan Paus Bryde
berbeza-beza, dengan bahagian belakang umumnya berwarna kelabu tua atau biru sehingga hitam. Bahagian ventralnya berwarna putih
kuning muda dan beransur-ansur menjadi ungu kekelabu-kelabuan menuju ke perutnya. Sesetengah ikan paus
ini mempunyai bintik-bintik kelabu keputih-putihan yang mungkin merupakan parut, akibat serangan parasit atau ikan
yu.
Ikan Paus Bryde dipercayai membiak pada
sepanjang tahun dan tempoh
buntingnya dianggarkan selama 12 bulan.
Anak-anak ikan paus ini berukurang sekitar 4 meter panjangnya ketika dilahirkan, dengan beratnya sehingga
1,000 kilogram.
Ikan Paus Bryde disenaraikan sebagai
Kekurangan Data oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi
dan Sumber Semula Jadi (IUCN). Ia juga disenaraikan dalam Lampiran I bagi
Konvensyen Mengenai Perdagangan Antarabangsa Spesies Fauna dan Flora Liar
Terancam (CITES) yang melarang sebarang perdagangan antarabangsa untuk ikan
paus ini.
Paus pembunuh ialah haiwan berdarah
panas, melahirkan anak, menjaga anak sehingga mampu berdikari, dan mempunyai
bulu di badan.
Jantung paus pembunuh terdiri daripada 4 kamar seperti manusia.
Kamar atas dikenali sebagai atrium,
sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.
Ia sebenarnya bukan ikan paus tetapi
ia dalam keluarga dolfin. Paus pembunuh merupakan dolfin yang terbesar dan mampu
membesar sepanjang 18 meter dan beratnya hampir 8 tan.
(bahasa Inggeris: "Pygmy Sperm Whale") merupakan salah satu daripada haiwan terlindung yang terdapat di Malaysia. Pemburuannya memerlukan lesen pemburuan. Nama sainsnya Kogia breviceps. [1]
Paus Nayan adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan.
Jantung Paus Nayan terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.
Sebagai mamalia, Paus Nayan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak sehingga mampu berdikari, dan mempunyai bulu di badan.
Paus Sirip Pendek
(bahasa Inggeris: Pilot Whale). Nama sainsnya Globicephala macrorhynchus.
Paus Sirip Pendek adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrata), kelas Mamalia. Dalam aturan : , tergolong dalam keluarga Delphinidae. Paus Sirip Pendek adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan.
Jantung Paus Sirip Pendek terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.
Sebagai mamalia, Paus Sirip Pendek berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan. Paus Sirip Pendek akan menjaga anaknya sehingga mampu berdikari.